PENGALAMAN BERKUNJUNG KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Assalamualaikum..
Hai semua!!!
Kali ni aku nak cerita tentang percutian kami ke Melaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka aku sangat teruja.(hahaha macam budak kecik) Maklumlah tak pernah sampai kat Melaka kan selalu tengok bangunan bersejarah tu dalam buku teks sekolah jer. Kali ni betol-betol tengok depan mata dan sedikit sebanyak menjadi pengalaman berharga bagi aku.
Pada 21 Ogos 2015 kitaorang dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Melaka. Tapi, jalan kat bandar Melaka jem teruk so, agak lambat jugaklah kitaorang check in hotel hari tu. kitaorang menginap di Hatten Hotel yang berdekatan dengan bandar Melaka, jalan kaki 7minit jer pon dah sampai. Hari pertama tiba di Melaka kami duk kat hotel jak sebab hari dah gelap. Lepas maghrib kita orang pegi makan kat restoran ikan bakar kat tepi pantai. (lupa dah pe nama restoran tu hihihi) Pastu balik dan rehatkan badan sebab besok nak guna tenaga tuk program ngan pelajar sekolah.
Hari kedua, kitaorang bersama krew RTM Melaka menjayakan program kemerdekaan bersama pelajar-pelajar sekolah dari sekolah yang berlainan. Hari kedua di Melaka kitaorang banyak terlibat dengan program RTM so, belum sempat lagi tuk pi melawat tempat-tempat bersejarah yang ada kat Melaka ni.
Hari Ketiga di Melaka, barulah kitaorang boleh jenjalan pusing bandar Melaka.(masih teruja tau)
Banyak jugaklah tempat-tempat yang kitaorang lawat, hmmm.. tanak citer banyak so, korang tengoklah gambar-gambar yang sempat aku amik.(Gambar perasan model pon hadoo hakhakhak)
![]() |
| Keretapi S.Lukut berhadapan Muzium Umno |
![]() |
| Haaa..cer teka kat mane.. kalau korang perhati setiap sudut bangunan kat Melaka tu pasti korang akan jumpa sudut ni..hurmm? |
![]() |
| Bahagian luar Muzium Kapal |
![]() |
| Bahagian dalam muzium kapal |
![]() |
| malam tu kitaorang nek beca pusing bandar Melaka, Best! |
![]() |
| pemandangan dari atas menara Taming Sarim (sori gambar tak jelas) |
![]() |
| Ni gambar kat muzium TLDM |
![]() |
| Ni atas bukit dan bangunan ni adalah bangunan merah yang A Famosa tu (hiraukan model biskut kat situ. errr!) |
Haaa.. dah abis tengok gambar? ni jer yang mampu aku kongsikan. kalau korang datang ke Melaka jangan lupa amik gambar banyak-banyak tau! dan jangan lupa sejarah negara kiter.. kalau korang nak tahu mengenai sejarah negeri Melaka layari lah internet berkaitan sejarah negeri Melaka yep. Kalau korang betol-betol memahami sejarah negara mesti korang akan bangga ngan pejuang negara kiter dulu. Semoga roh pejuang tanah air melayu sentiasa diberkati Allah S.W.T In shaa Allah.. Amin.
Ok lah,sampai disini lah dahulu yep, kiter jumpa lagi di lain hari yerr dengn entry yang lebih menarik
In shaa Allah.
V-da Mj
"Biar orang buat kiter, Jangan kiter buat orang "









Comments
Post a Comment