CURANG

Assalamualaikum..hai !

Maafkan saya sebab dah lama tak update blog. Sebenarnya, Wahee pun tak tahu nak mula dari mana. Tapi.. Wahee curious pasal pasangan yang curang dengan pasangannya. 

Apa yang terlintas difikiran Wahee,maybe ada something yang membuatkan salah seorang berlaku curang atau sebaliknya.

Sebenarnya walau apapun yang berlaku, sepatutnya tidak ada alasan untuk seseorang itu berlaku curang. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang pasti berdiam diri dan pergaduhan mengeruhkan lagi keadaan.

Oleh itu, setiap pasangan haruslah jujur antara satu sama lain. Jika hanya salah seorang sahaja yang jujur dan seorang lagi hanya berdiam diri, perkara itu tidak akan selesai melainkan berbincang dan muhasabah diri masing- masing.

Kes pasangan curang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kita hanya kerana tidak ada kejujuran, perbincangan dan tolak ansur. Saranan Wahee pada pasangan yang curang, silalah muhasabah diri dan yang paling penting KEJUJURAN dan bukan MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KESETIAAN.

"Ingatlah setiap perbuatan itu ada balasannya"
Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts