KISAH TENTANG HIDUP
Assalamualaikum..
Hai!!
Entri kali ni Wahee nak share sedikit sebanyak perjalanan hidup atau pengalaman Wahee setelah berganjak ke umur 20an.
Ok, straight to the story.. kisahnya bermula apabila Wida melangkah kaki meneruskan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, Sarawak pada 17 September 2011. Sebaik sahaja media mengumumkan keputusan STPM akan keluar pada tengahari tersebut Wahee bersiap ke Sekolah untuk ambil keputusan STPM. Saat kaki melangkah ke dewan sekolah, perasaan bercampur baur takut, risau, nervous semua lah (pakej HEHE). Bila dah sampai di dalam dewan,datanglah minah-minah senget A.K.A kawan-kawan baik Wahee masa Upper6. (Mimie,Shidah,Lela n Potek). Bila ditanya keputusan dah ambil ke belum , semua belum ambil sebab diorang tunggu Wahee sampai dulu. (gitulah baru kawan HEHE).
Ok2 dah, sekarang turn Wahee pulak ambil result. Sudah..duk main tarik-tarik kertas result pulak ngan Cikgu kelas kesayangan ni (Cikgu Suzila). Muka cikgu masa tu Nampak cam tak puas hati jer ngan Wahee (jantung ni dup dap dup dap) sebab dia selalu sindir Wahee dalam kelas. “ nyanyi.. nyanyi jugak…result nanti biar semua lulus!”( maklumlah dulu saya solo koir sekolah upper6 tapi terguris hati ni bila cikgu tak percaya kat kiter HUHU ) then..tetiba,cikgu cakap “Tahniah laa Wahida.. result awak cemerlang” (fuhH!! Alhamdulillah ..rasa cam dunia ni aku yang punya HEHE walaupun P.A aku sebelum ni tak pernah lulus HAHA). Terima kasih cikgu! Sayang cikgu ketat-ketat HEHE.
![]() |
| Merekalah kawan-kawan rapat Upper 6 Aku. Thanks weh. . |
Now! Story masa belajar kat UNIMAS lak.UNIMAS adalah pilihan utama Wahee untuk sambung belajar after upper6. Wahee sengaja apply kat sini sebab nak cuba hidup berjauhan dari family sebab sebelum ni Wahee tak pernah jauh dari mereka.Alhamdulillah, Wahee dapat belajar kat UNIMAS dan masa tu rasa sangat bersyukur sebab Allah dengar dan kabulkan doa Wahee. (terima kasih YA ALLAH).Minat sebenar adalah course Fine Arts tapi bila masa pengisian UPU dulu dah puas Wahee cari course Fine Arts Kat Unimas tapi tak jumpa maybe rezeki nak belajar dalam course Fine Arts bukan rezeki Wahee (Allah Maha Mengetahui maybe bidang tu tak sesuai ngan Wahee).So, Wahee terpaksa memilih Arts Management sebagai pilihan utama Dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang pengajian Kat sana .
Sebenarnya niat nak pergi belajar tempat jauh sebab nak lupakan benda-benda dan kisah-kisah yang menyakitkan hati. Seminggu kat sana, Wahee dapat kenal ramai orang dan dapat lupakan semua kenangan pahit dulu. Alhamdulillah..semua berjalan seperti yang dirancangkan. Kami berkenalan, berkawan,kawan rapat then special relationship sampai sekarang.(Eh! Tetiba HEHE abaikan ..) tapi ALHAMDULILLAH syukur nikmat Allah. ;)
![]() |
| Inilah tempat Aku timba ilmu Fakulti Semi Gunaan Dan Kreatif |
Dah..Dah.. OK, Masa belajar kat sana Wahee tak ada ramai kawan dan tak ada kawan rapat tak macam kat sekolah dulu. Banyak sangat pengalaman yang Wahee lalui kat sana,macam mana susahnya nak focus belajar sebab Wahee terpaksa extand belajar 1 sem bagi last semester atas sebab kecuaian Wahee masa semester 2 sebab tak penuhkan kredit course masa pengisian subjects . Dan dalam masa sama terpaksa lalui peritnya apabila disisihkan kawan-kawan masa semester 3 (Sampai sekarang Wahee tak tahu apa yang diceritakan mereka pada rakan sekelas,hmmm Wida sebenarnya tak nak buka aib sendiri dan aib orang biarlah antara kami sahaja yang tahu masalah itu). Wahee juga terpaksa kuatkan semangat tabahkan hati betapa Sakitnya apabila diabaikan. Tapi, Allah itu Maha Mendengar Maha Mengetahui.. Dia tahu segala kesusahan hambanya. Allah akan tolong hambanya jika hambanya ikhlas meminta pertolongan dariNya. Tak ada apa yang dapat Wahee ucapkan selain mengucapkan syukur ‘ALHAMDULILLAH’ sebab Allah mendengar dan mempermudahkan segala urusan Wahee dan Allah gantikan seseorang yang boleh digelar sahabat baik Wahee masa semester 4.(NONO thanks for being a friends through thick and thin Sob..sob.sob..). . Bak kata pepatah English “In life,We never lose friends, We only learn who the true ones are”. Entah betul ke tidal English Aku ni HEHE (hentam sajelah)
Sepanjang belajar kat sana, banyak pengalaman pahit dan manis yang Wahee dapat Hmmm.begitulah ceritanya malas nak cerita lebih pasal kawan-kawan.( tapi aku SAYANG kau semua walau pernah sakitkan hati and masam muka) dalam cerita ni Wahee tak nak tuding jari dan salahkan sesiapa sebab diri sendiri tahu, “ Manusia tak pernah tak buat silap” dan nothing perfect in this world. So, dalam entri kali ini..Wahee terus terang nak minta ampun maaf pada korang semua yang dah mengenali V-da Mj @ Norizzatul Wahida Mat Jusoh. Andai saya ada sakitkan hati sesiapa dan buat kamu tak selesa Wahee minta ampun minta maaf dari hujung rambut sampai kaki. Wahee juga dah maafkan semua yang pernah buat perasaan saya terguris. I really mean it. Alhamdulillah.. berasa sangat tenang sekarang.
Syukran Jazilan...





Terbaik la miss wida MJ..hehehe..
ReplyDeleteDa aku suggest mu kena wk 1 novel sejarah smbj..hihihi
Terbaik la miss wida MJ..hehehe..
ReplyDeleteDa aku suggest mu kena wk 1 novel sejarah smbj..hihihi
Hahaha nanti nk wat tubik buku teks kiki
ReplyDelete