DOA, BERKAT, IMPIAN
Assalamualaikum
Haii!!! Lama dah rasanya Wahee tak update blog kan.. Taklah sibuk sangat.. tapi tak sempat. Sekarang baru ada masa nak berkongsi pendapat dan cerita dengan anda semua.
Baru-baru ini, Wahee baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan,Kuching Sarawak. Selama 3 setengah Wahee susah payah untuk menamatkan pengajian kat sana. Alhamdulillah, berkat DOA daripada ibu bapa dan usaha Wahee selama ini berbaloi apabila dikhabarkan oleh pihak Unimas yang Wahee layak bergraduat pada tahun ini iaitu pada tarikh 14 November 2015. Wahee mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Seni .
Sebenarnya ramai pelajar Unimas sendiri yang beranggapan bahawa bidang Pengurusan Seni adalah bidang yang remeh ‘simple’. Sebab bidang yang Wahee belajar ni tak ada produk yang boleh dibuat. Anda silap kalau kata Pengurusan Seni adalah bidang yang senang sebab kami mengkaji semula teori daripada pengkaji-pengkaji lepas utuk mendapat kesahihan sesuatu projek yang dibuat. Bagi pendapat Wahee, Sedangkan bidang Pengurusan Seni ini adalah bidang utama dalam semua bidang yang terdapat dalam Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Sebab boleh dikatakan kami mempelajari semua bidang seperti cinema,music,seni halus,design,kewangan
,strategi dan lain-lain.
Bidang yang Wahee belajar ini memerlukan kami berfikir,menguji daya ingatan, kemahiran , pemahaman dan memperaktikkan dalam alam pekerjaan nanti. Ia memerlukan kami menghadap laptop mencari maklumat dan mengkaji penulisan-penulisan sejarah dan teori setiap kali peperiksaan dan markah peperiksaan adalah bergantung pada pembacaan,kajian dan pemahaman kami. Walaupun tak menggunakan tenaga kuat tapi mampu menjadikan kami hilang keyakinan dan tertekan setiap kali ujian. Tak dinafikan semua bidang yang dipelajari ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, bagi Wahee bidang Pengurusan Seni ini bukanlah bidang remeh atau ‘simple’ seperti yang anda fikirkan.
Malah, ada juga yang menganggap bahawa Ijazah Sarjana Muda pada masa kini sudah tiada nilai. Sebenarnya Wahee agak kecewa bila ada masyarakat yang masih berfikiran singkat. Apa yang dikejar sebenarnya bukanlah Ijazah tetapi ilmu yang berlabel ijazah dan ilmu diperingkat pengajian tinggi adalah berbeza dengan ilmu diperingkat rendah. Ramai masyarakat yang masih tak faham. Penganugerah Ijazah Sarjana Muda ini adalah bukan untuk membangga diri tetapi lebih membuktikan bahawa kita juga boleh Berjaya seperti orang lain dan selain itu membahagiakan ibu dan ayah.
Ni ma Wahee, Pa tak dapat datang sebab adik bongsu Ada exam time tu
Di sini, Wahee nak ucapkan terima kasih terutama sekali kepada Ma,Pa, adik beradik dan ahli keluarga sebab sentiasa memberi bantuan kewangan dan sokongan moral serta doa daripada kalian kepada kejayaan Wahee sekarang sehingga layak mendapat Ijazah Sarjana Muda setelah bertahun-tahun menuntut ilmu di tempat orang. Walaupun ada ahli keluarga yang tak dapat datang hari tu,takpe.. Kamu semua dah banyak support Dari semua aspek. Thank you so much.☺ Terima kasih juga kepada guru-guru dan pensyarah yang selama ini tak pernah jemu memberi ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar sepanjang pengajian di sekolah dan Universiti. Tak lupa juga kepada sahabat dan kawan-kawan yang bersama-sama berjuang menuntut ilmu memberi Wahee semangat untuk menghabiskan pengajian ini. ..terima kasih..terima kasih semua..
Bagi Wahee, mendapat Ijazah Sarjana Muda bukanlah titik kejayaan sepenuhnya selagi Wahee tidak mendapat pekerjaan tetap. Masih ramai graduan yang mengganggur mencari pekerjaan tetap. Oleh itu, Wahee harap pihak Kerajaan mempergiatkan lagi usaha memperluaskan dan perkenalkan bidang pekerjaan baru kepada graduan yang masih bergelut merebut pekerjaan. Bagi yang berkemampuan Dan berkeinginan nak sambung pengajian ke tingkat yang lebih tinggi..teruskan niat baik anda. Tak rugi tuntut ilmu tau in shaa Allah semuanya dipermudahkan olehNya.☺ |
Sebenarnya, masih banyak ilmu yang perlu digali terutama ilmu akhirat. Jadikan pengetahuan dunia dan akhirat seimbang. Jangan pernah lupa sujud dan berdoa kepada Pencipta kerna Dia yang memberi nikmat atas kejayaan kita hari ini selain usaha dan ikhtiar. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk anda Berjaya kemudian nanti.. giliran kita pasti tiba.. In shaa Allah.. ☺Untuk anda semua, Wahee ucapkan terima kasih kerana follow dan sudi jenguk blog Wahee. So, Wahee kongsikan beberapa keping gambar kenangan semasa hari konvokesyen Wahee hari tu. ☺
![]() |
| Masa ni baru keluar dewan pastu Mata tengah scan Cari Orang-orang Tersayang and finally jumpa jugak HEHE sebab tu la sengih sampai ke telinga HAHA. Touching u olls ..HHUHU |
![]() |
| Terharu sangattt..yeayy!! Dapat bunga..masa keluar dewan nampak Ma Dan bunga Dan Abang cameraman Abe Odey. HAHAHA |
![]() |
| Dia kakak dan saya adiknya.. dan Kat belakang tu anak-anak fruit saya yang sweet sour HEHE |
![]() |
| Haa..ni petunjuk arah kami. HEHEHE.. Abang Ipar Wahee, DJ.ODEY PETRA. Boley mintak tuju lagu kat Nasional FM. Hihihi |
![]() |
| Selfie ngan The Handsome Man KUYU ngan Apek ☺. |
![]() |
| Sempat selfie ngan si Amalina mata gojess sebelum masuk dewan. |
![]() |
| Pre Konvo kekonon laaa.. Ngan si Nor Kat Kuching tempoh hari before convocation day. |
![]() |
| Yang lain mane?? Hmmm dorang jer yang sempat jumpa aritu. |
![]() |
| Sesi lambung topi dah jadi kewajipan.. HAHA bye!! |
Assalamulaikum..☺












Comments
Post a Comment