JANGAN PANGGIL DIA!!!

Assalamualaikum.. Hai semua!!

Lama sudah wahida tak update blog dah bersarang dah nampaknyer HEHE. Okeh hari ni saya nak sembang pasal pengalaman seram  yang saya sendiri pernah alami masa kecil dulu sampai sekarang.

Pengalaman seram pertama saya bermula masa saya berumur 5 tahun, masa tu saya masih kecil dan masih tak faham akan kisah dunia seram alah budak2 kan mana tau psl benda2 macam ni. 

 Ceritanya bermula begini, selepas pulang dari tadika macam biasa selepas settle kan semua saya masuk ke bilik tidur kami adik beradik. Katil 2 tingkat yang tingkat atas tu biasanya kak Ngoh saya yang tidur kat situ. So, saya dan Kak Nik tidur di katil yang bahagian bawah tu. Lepas tu saya nampak k.ngoh masuk dalam bilik tu,saya ikut dia dari belakang dan nak tanya dia kenapa tak pergi sekolah. Bila saya msuk k.ngoh takde kat situ . lepas tu saya ternampak  kepala orang kat  sebelah bantal yang disusun tinggi. Saya ingatkan k.ngoh menyorok dari saya then saya pun intai dari tepi,tapi bila saya intai takde sape2 pon kat situ. Masa tu saya tak takut pun sebab masa tu saya hanya fikir itu mungkin  Cuma perasaan saya jer. Kejadian tu saya tak pernah ceritakan pada siapa pun sampailah saya umur 26 tahun barulah saya ceritakan pada family saya and mereka pun terkejut kenapa saya tak pernah ceritakan pada dorang. Itu adalah kejadian seram pertama saya walaupun masa tu saya tak rasa apa-apa HEHEHE

Kejadian kedua ialah masa saya darjah 6. Masa tu kelas tambahan malam saya ngan kawan nak ke toilet then saya ternampak susuk tubuh wanita berpakaian putih berdiri di sebelah tiang elektrik. Saya tak lah nampak jelas perempuan tu sebab penglihatan saya masa tu  seakan2 kabur. Bila saya pandang lagi sekali perempuan tadi tu sudah hilang. Tapi masa tu saya hanya fikir itu mungkin perasaan saya jer dan ada jugak lah saya bagitau kawan tapi just buat tak tau.

Selepas saya berganjak ke sekolah menengah benda-benda seram ni terjadi kat saya and Kak Nik (kakak saya). Malam tu Ma ,Pa and Kak cik   pergi ke satu perjumpaan ape ntah sy pun dah lupa jadi Jadinya,kat rumah tu hanya ada saya kak ngoh and kak nik,sebab kitaorang adik beradik ramai so saya ngan kak nik tidur kat ruang tamu depan tv.Masa tu saya tak tahu apa yang berlaku dan kak nik masih peluk saya dari belakang and kitaorang menjerit sampai suara pon serak2 macam Ella HEHE.  Tiba2 k.ngoh marah2 kitaorang kenapa malam2 menjerit macam kena sampuk hantu. Rupanya K.nik cerita yang dia nampak susuk badan duk berdiri sebelah cabinet tv lepas tu bila dia pusing ke arah saya ada satu tangan besar pegang belakang badan dia  sebab tu lah dia menjerit tapi masa tu pun dia macam sedar tak sedar.. Hurmm Okeh tu cerita saya dan kakak saya pernah alami sendiri.



Masa saya belajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) benda seram macam ni selalu jugak terjadi kat saya. Kejadian pertama yang saya alami ialah masa tu saya baru je balik dari library maybe around 11.30pm macam tu.. kami baru jer sampai kat bilik then saya terus ke toilet. Bila dalam toilet tu saya dengar suara anjing menyalak dengan kuat beserta bunyi yang seakan–akan suara perempuan menangis.

Bila saya cuba dengar.. suara tu makin lama makin kuat, untuk nak confirmkan apa yang saya dengar tu (saya jenis yang nak tahu) saya keluar dari toilet dan terus ke tingkap..bila saya buka tingkap, suara perempuan dan suara anjing menyalak tadi tu terus hilang. Bila rasa dah lain macam saya tanya kat kawan sebilik maybe dia pun dengar benda yang sama sebab bilik kitaorang ngan toilet bersebelahan jer. Tapi kawan saya cakap dia langsung takde dengar ape2. Hurmm pelikkan? Masa tu saya xde rasa takut pun cuma curious. Bila difkirkan balik ermm seram jugak HUHUHU

Masa belajar kat sana jugak saya alami lagi benda2 macam ni. Masa tu pun malam jugak kitaorang on the way ke library dalam kul 9 malam kot. Kalua nak pergi ke library Sedang  duk sedap sembang sambil berjalan area fakulti kitaorang tu tiba-tiba saya ternampak kelibat manusia berlari di beranda tingkat  dua bangunan fakulti kami  dalam  suasana cahaya sama-samar. Saya ada tanya kawan dua orang tadi tu..tapi dorang cakap takde Nampak sape2 pun kat atas tu..So, kitaorang teruskan perjalanan ke Library. Tapi masa kat dalam library tu saya tak boleh nak focus belajar sebab asyik terfikir sape yang berlari kat atas bangunan fakulti kami tadi tu. Hurmmm siapa ek? Secret admirer?? Maybe.. (Gurau JEr) HEHE

Kejadian yang seterusnya pula masa cuti sem panjang, cuti tiga bulan dikampung saya juga terkena gangguan pelik ni. Tetapi kali ni dia benda dengan beraninya tonjolkan wajah dia depan saya. Kejadiannya macam ni.. Masa tu saya tengah online video call dengan kawan, sambil duk video call tu boleh pulak saya tertidur time tu HUHU. Baru jer lelap mata.. tiba-tiba benda tu tunjukkan separuh daripada muka dia betul-betul depan mata saya. Apa yang saya ingat masa tu, benda tu adalah seorang wanita. Saya dapat lihat benda tu jengkilkan mata dia yang merah saga dan lepas tu bahagian bawah mata dia sedikit gelap dan seluruh muka dia tu nampak pucat dan kotor.Reaksi muka dia seakan-akan dia marah dan saya ada terdengar dengusan. Masa tu Wahida tak rasa takut tapi cuma terkejut lepas tu terus tersedar.  Kawan wahida yang tengah online tu pun terus tanya kenapa wahida macam nampak macam terkejut. Tapi tak pula wahida cerita terus kat dia sebab  risau dia takut pulak sebab masa tu dah pukul 2pagi HEHE


Okeh cerita kiter tamat di sini dulu..Next time kalau ada masa free lagi InshaaAllah wahida sambung lagi okey!! Bye! See u next time.. Much Love :*

Comments

Popular Posts