TEMPAT MENARIK DI KELANTAN 2019



Assalamualaikum.. Anyeong Chingu!!

Agak lama dah tak update blog wei HEHE. Maaf la yer sekarang ni saya agak busy dikit dong. Berharap hari-hari anda sentiasa ceria hendaknya lah yer HEHE.
Today, saya nak update about Kelantan State. Hurmm agak-agak apa lah yer. Baiklah untuk pengetahuan anda Negeri Kelantan Darul Naim atau nama pendek negeri ini adalah Kelantan juga dikenali sebagai Kelate dimana terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Negara Thailand iaitu Narathiwat.
Okeh kat sini saya nak idealist kan tempat-tempat menarik di negeri Kelantan yang maybe sedikit sebanyak membantu anda yang nak bercuti-cuti di Kelantan.  Oraits,kalau ada tempat yang maybe ada yang saya lupa nak masukkan anda boleh just drop it below di ruangan komen yer!


 1) ISTANA JAHAR
                                                                                  Sumber: Google
Istana Jahar terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu. Istana Jahar dibina oleh Sultan Muhamad 11 pada tahun 1887 untuk cucunya Long Kundur. Ia mempunyai ukiran kayu mewah yang mempamerkan ketukangan yang hebat dari Kelantan. Selain itu, gambar, artifak dan ukiran tradisional mencerminkan Negeri Kelantan kaya dengan warisan. Istana ini kini ditukar kepada muzium, untuk berkongsi keunikan.





















2) KAMPUNG KRAFTANGAN

Sumber: Google
     Terletak di Jalan Hilir Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, dan menjadi tarikan orang Kelantan sendiri terutama dengan Nasi  Ulam Cikgu dan pelbagai seni kraftangan yang ada di sini.








3) MUZIUM DIRAJA (Istana Batu)
Sumber: Google
Terletak di Jalan Istana Bandar Kota Bharu, Istana Batu telah dibina pada tahun 1939 semasa pemerintahan Sultan Ismail.



















4) WAR MUSEUM (Bank Kerapu)
Sumber: Google

Bank Kerapu dibina oleh Mercantile Bank pada tahun 1912





5) MUZIUM WAU KELANTAN

Sumber: Google
Muzium Wau terletak di Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Kelantan.






6) MUZIUM KELANTAN

Sumber : Google
Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan Medan Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.


























7) GELANGGANG SENI

Sumber : Google
Persembahan di Gelanggang Seni akan bermula jam 3.30-5.30 petang setiap hari Sabtu, Isnin dan Rabu (3.30-5.30pm, 9-11pm) bagi menyaksikan persembahan seni dan kebudayaan Negeri Kelantan.





















8) PASAR SITI KHADIJAH    
Sumber : Google
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita




















9) WAKAF CHE YEH
Sumber : Google
Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesame sendiri.
10) RANTAU PANJANG
Sumber : Google
Merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal di Kelantan. Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti peralatan elektronik, pakaian dan peralatan dapur boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti money changer, mesin ATM dan sebagainya. Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Golok

11) PENGKALAN KUBOR
Sumber : Google
Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM

12) SLEEPING BUDHAA TEMPLE (Wat Machimmaram)
Sumber : Google
Wat Photivihan adalah kuil Buddha di Distrik Tumpat, Kelantan, Malaysia. Kuil ini adalah salah satu dari 25 kuil yang ditemukan di Tumpat, dan merupakan salah satu kuil yang paling populer di negara ini. Kuil ini memiliki patung Buddha tidur berukuran 40 meter, yang merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.

13) PANTAI CAHAYA BULAN
Sumber : Google (cc : Flying Duck Studio)
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

14) MASJID KAMPUNG LAUT


Sumber : Google

15) MASJID BEIJING
Sumber : Google
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.


16) GUNUNG STONG
Sumber : Google

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai 'Gunung Stong', terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala Krai. Walau berada di jajahan kuala krai, ianya hampir dengan bandar Gua Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air Terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar.

Comments

Popular Posts